Yayasan Sofa NS
Selamat Datang ke Laman Web Yayasan Sofa Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman ini telah di lancarkan pada penghujung 2007 secara rasminya dengan beralamat www.yayasansofa.com. Sebagai cerminan kepada web ini, anda boleh melayari www.yayasansofa.blogsome.com untuk input-input semasa.
Apa yang kami harapkan bahawa laman web ini akan dapat memberi info serta maklumat yang terkini dan bermunafaat kepada para pembaca, muslimin dan muslimat. InsyaAllah, segala yang dipaparkan adalah yang terbaik daripada kami.
PENAFIAN: Bahan-bahan, kandungan, E-mail dan lain-lain dan apa-apa fail yang dipaparkan bersamanya adalah ditujukan hanya untuk pemakluman awam dan hebahan umum. Anda dengan ini dimaklumkan bahawa, mengambil apa jua tindakan bersandarkan kepada, membuat penilaian, mengulang hantar, menghebah, mengedar, mencetak, atau menyalin Makluman dan Hebahan ini atau sebahagian daripadanya oleh sesiapa adalah dilarang. Pendapat-pendapat, rumusan-rumusan dan sebarang maklumat lain di dalam Makluman dan Hebahan ini, yang tidak berkaitan dengan urusan Yayasan Sofa Negeri Sembilan atau pengakuan daripada pihak YSNS adalah difahami sebagai bukan dikeluar atau diperakui oleh pihak yang disebut.
As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani
Sejarah Ringkas :
As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah....
MAJLIS MAULIDUR RASUL BERSAMA ULAMA' MAKKAH 1430H
Maulidur Rasul s.a.w bersama:
Al Allamah al Habib Umar al Jilani, Ulama' Besar Makkah
keturunan
Syeikh Abdul Qadir al Jilani
Pada 17 April 2009 M
bersamaan
21 Rabi' al Akhir 1430H
Jumaat ( selepas Solat Maghrib )
Semua Muslimin & Muslimat DiJemput Hadir
Di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi:
019-6623826 ( En. Maznor ) 019-6637785 ( En. Hanif )
Majlis Perletakan Batu Asas Cadangan Penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia
Majlis Perletakan Batu Asas Bagi Cadangan Penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia oleh Dato' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN (Menteri Besar Negeri Sembilan) pada tarikh 12 April 2008...
Keratan Akhbar #2
Utusan Malaysia @
MB : Cawangan Al-Azhar di Malaysia, Kembangkan Dakwah Islamiah
REMBAU 13 April – Keputusan Majlis Senat Universiti Al-Azhar, Mesir membenarkan pembukaan cawangannya di negara ini menunjukkan institusi pendidikan tertua di dunia itu mahu melihat pengembangan dakwah Islamiah dilakukan secara menyeluruh.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, belum pernah dalam sejarah penubuhan universiti berkenaan sejak 1,000 tahun lalu membenarkan pembukaan cawangan di luar Mesir.....
Keratan Akhbar #3
Utusan Malaysia @
Penubuhan Cawangan Al-Azhar jadi Kebanggaan
SEREMBAN 14 April - Kelulusan Majlis Senat Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir bagi pembukaan cawangan kampus di Rembau, Negeri Sembilan, ia dilihat sebagai satu kebanggaan buat seluruh umat Islam di Malaysia dan Asia Tenggara.Langkah itu adalah buat julung kalinya dalam sejarah 1,000 tahun penubuhannya, Universiti Al Azhar.Kebenaran yang diberikan oleh Rektor Al Azhar, Profesor Dr. Ahmad Toyyib dalam satu pertemuan bermula 8 hingga 10 Mac lalu, di Universiti Al Azhar, Mesir juga satu detik bersejarah untuk Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS).....
PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2009 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL
Maahad ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar baru, bagi sesi 2009 ini.
Tentang Yayasan Sofa Negeri Sembilan
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 17 Februari 2004 yang bertujuan menjadi nadi kepada aspek pembangunan modal insan, sama ada yang berkaitan pemeliharaan anak yatim sehinggalah kepada pendidikan ilmu Islam dan pembangunan persekitarannya.
Yayasan Sofa Negeri Sembilan juga menjadi pusat kaji selidik ilmu dalam pelbagai genre Islam dan pada masa yang sama juga mewujudkan Madrasah, Pusat Tahfiz dan Asrama Anak Yatim dalam usaha memantapkan ketrampilan manusia ke arah yang lebih sempurna bagi menghadapi dunia yang begitu mencabar ini.
`Menjana Pembangunan, Merangka Harapan dan Menceriakan Ummah’
`Menjana Pembangunan, Merangka Harapan dan Menceriakan Ummah’ merupakan visi Yayasan Sofa Negeri Sembilan dalam menfokuskan perihal kebajikan berkaitan anak yatim, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan golongan miskin.
