PROGRAM PENGAMBILAN ANAK YATIM 2010

PROGRAM PENGAMBILAN ANAK YATIM  2010

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

 

Assalamu alikum wr. wb,
Tuan-puan,

  • Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah menjalankan Program Pengambilan Anak Yatim yang di tempatkan di Asrama Kg. Bukit Sembilan Chengkau Ulu, 71300 Rembau Negeri Sembilan bermula sejak sesi 2005 yang lalu.
  • Pengambilan bagi sesi 2010 kini dibuka dan terhad kepada 40 orang pelajar lelaki sahaja , yang berumur antara 07 tahun hingga 12 tahun ( Darjah 1 –  6 ).
  • Semua kos / perbelanjaan bagi kelengkapan, pakaian sekolah dan penginapan serta makanan pelajar ini akan ditanggung semuanya oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan secara PERCUMA.
  • Persekolahan akan di uruskan oleh Biro Pendidikan Yayasan Sofa dengan kerjasama penjaga pelajar tersebut di sekolah kerajaan yang berhampiran, iaitu di Sekolah Keb. Astana Raja, 71350 Kota, Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Chengkau , Rembau N. Sembilan @ yang berhampiran.
  • Berbagai Program Pendidikan Agama Islam harian dan mingguan akan dijalankan di kediaman pelajar-pelajar ini.
  • Pelajar-pelajar berpeluang mempelajari lebih dekat Ilmu-Ilmu Agama dan Bahasa Arab serta pengajian kitab Turath Islami.
  • Setiap pelajar tertakluk kepada peraturan dan disiplin Asrama yang disediakan bagi melicinkan setiap aktiviti harian pelajar. Kegagalan untuk mematuhi sebarang peraturan asrama ini akan dikenakan tindakan.

HARAPAN DAN IMPIAN

Yayasan Sofa Negeri Sembilan berharap agar program ini dapat berjalan dengan baik dan seterusnya dapat melahirkan pelajar Islam yang berkualiti dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dengan Pengambilan anak Yatim dan PelajarMiskin ini, pihak YSNS mengalu-alukan sebarang bentuk idea, fikiran, bantuan dan derma bagi menjayakan hasrat murni Yayasan ini. Sebarang bentuk derma atau bantuan bolehlah disalurkan kepada :


Bendahari Yayasan Sofa Negeri Sembilan / Bank RHB No Akaun : 25504700001867.

Untuk Borang Permohonan dan Keterangan Lanjut , sila hubungi :

 

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Kompleks Yayasan Sofa,
71350 Kota,
NEGERI SEMBILAN
Tel : 019 663 7785 / 019 227 9226
( En. Hanif / En. Ainul )

@ yayasansofa@gmail.com

 

Sila panjangkan program ini ke mana-mana web / blog yang lain. Tuan-puan boleh lah juger meyampaikan kepada rakan-rakan, saudara mara, aanak-anak buah, anak kariah atau lain-lain.

 

Bertindaklah segera, tempat adalah terhad dan ‘ first come first serve’..