PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2010 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL - NOW OPEN FOR REGISTRATION !!
ASSALAMULAIKUM WR. WB. TUAN / PUAN :
Maahad ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar tahun keduanya, bagi sesi persekolahan 2010.
Ahli Lembaga Pengelola Maahad ini bersetuju supaya peringkat kedua ini akan lebih menumpukan kepada kualiti kemasukan pelajar lelaki dan perempuan ke sini. Pelajar-pelajar baru akan disaring dan diterima kemasukan mereka setelah melalui tahap temuduga yang akan diadakan.
Menurut Pengetua sekolah ini, ketika ini struktur pengajian untuk akademik sedang dikemaskini dan pihak Maahad bersetuju untuk menerima kemasukan pelajar tingkatan satu, empat bagi sesi 2010 ini, akan dipastikan mampu menghafaz al-Quran serta diajar nahu, tauhid, hadis, feqah dan sirah. "Mereka juga akan melalui subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi," ujarnya.
" Terdapat penambahan ilmu untuk pelajar ini yang mana mereka akan diberi bimbingan dalam manhaj dakwah supaya apabila keluar nanti, mereka mampu untuk menyampaikan dakwah seperti yang diajar dan mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.

Pelajar baru ini akan ditempatkan di asrama yang disediakan serta dikenakan yuran permulaan untuk sekali bayaran sebanyak RM300 dan Wang Hemat diri sebanyak RM 300. Bayaran bulanan sebanyak RM 400 akan dikenakan termasuk makanan dan kemudahan asrama.
"Namun begitu, kita prihatin terhadap kepentingan ilmu dan mereka yang daif. Lembaga telah bersetuju pelajar anak yatim dan tidak berkemampuan akan dikecualikan daripada yuran itu," katanya.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi :
Encik Saifulamrullah (013-641 7777)
atau Mohd. Hanif (019-663 7785),
Nurul Huda (019-384 9676) dan
Maahad As Sofa ( Fax 06-445 0363) @ Umi Natrah 06-445 0419.