Aktiviti

Aktiviti yang di jalan dan di anjurkan oleh pihak  Yayasansofa
  • MAJLIS HAUL IMAM AL HADDAD

    Lokasi:

    MADRASAH AL HASANIAH

    KG. BUKIT SEMBILAN, KM 35,

    JLN SEREMBAN TAMPIN,KOTA, N.SEMBILAN D.KHUSUS Tarikh:23 NOVEMBER 2007 / 13 ZULQAEDAH 1428JUMAAT (MAGHRIB)

  • Sambutan Maal Hijrah 2008

    Setiap kali tibanya Maal Hijrah, Yayasan Sofa Negeri Sembilan ( 0202-04-9 ) tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sambutan bagi merayakan Hari Kebesaran Islam ini, dengan aktiviti-aktiviti pendidikan dan ceramah, perlancaran kitab serta CD, acara bersama penuntut ilmu dan pelajar Kolej dan Universiti, mengisi ruang dan kesempatan untuk bersama-sama masyarakat awam berserta dengan kehadiran ahli ilmuwan dan tokoh ulama tempatan. Sempena Maal Hijrah 1429H, pihak Yayasan menganjurkan program Sambutan Maal Hijrah secara besar-besaran bermula dari 11hb Jan - 13hb Jan 2008.
  • Pembangunan

    Ketika ini, Yayasan Sofa Negeri Sembilan sudah memiliki tanah lebih 15 ekar di kampung berkenaan yang akan dibangunkan menjadi pusat penyelidikan penting dalam pengembangan syiar Islam di negara ini.

  • Koperasi AS SOFA Berhad

    Ditubuhkan bertujuan mencari dana dalam aspek perniagaan dan kini mempunyai aset berupaya sebuah ruang percetakan di Ampang, Selangor yang mampu melakukan kerja-kerja mencetak risalah, buku dan poster.
  • Majlis Bersama Ulama

    Sejak Yayasan Sofa Negeri Sembilan ini ditubuhkan, telah ramai Ulama terkenal dunia singgah dan memberikan pengajian di madrasah  dan antaranya ialah
  • Majlis Kebesaran Kalender Islam

    Yayasan Sofa Negeri Sembilan sentiasa peka dengan sebarang program dalam kalendar Islam dan apabila tarikh tersebut tiba, ia akan diadakan secara besar-besaran di madrasah Kampung Bukit Sembilan.
  • Pendidikan

    Di madrasah di Kampung Bukit Sembilan, Masjid Nerasau, Kampung Chenong, Masjid Negeri - aktiviti pembelajaran ilmu dibimbing oleh Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan) yang merupakan pengasas madrasah ini.
  • PROGRAM TAFAQQUH FI al DIN

    Program ini diadakan khusus untuk mengisi masa para pelajar pada musim-musim cuti persekolahan dengan pengukuhan dan kefahaman dalam ilmu agama.
  • PUSAT TAHFIZ AL JAZARI

    Untuk melebar luaskan lagi peranan Yayasan Sofa Negeri Sembilan, sebuah pusat Tahfiz telah dibangunkan di kawasan perumahan elit di Taman TAR, Kuala Lumpur dan ia dinamakan `Pusat Tahfiz Al Jazari’.
  • Rumah Anak Yatim

    Terdapat dua Rumah Anak Yatim ketika ini yang dikendalikan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan dimana lokasinya terletak di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau.
  • Seminar

    Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dan Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) untuk menganjurkan seminar peringkat antarabangsa di Kuantan, Pahang dan kampus UIA, Gombak.
  • Ibadah Korban 2009

    Setiap tahun Yayasan Sofa Negeri Sembilan akan menganjurkan ibadah korban dan tahun lalu ( 2008 ), sebanyak 29 ekor binatang ternakan lembu telah disempurnakan ibadahnya.