Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Selamat Datang ke Laman Web Yayasan Sofa Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman ini telah di lancarkan pada penghujung 2007 secara rasminya dengan beralamat www.yayasansofa.com. Sebagai cerminan kepada web ini, anda boleh melayari www.yayasansofa.blogsome.com untuk input-input semasa.
RASULULLAH S.A.W DI MATA SAHABAT
PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.
Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.
Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW....

RUMAH TAMU KLASIK
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
KEINDAHAN seni bina dan ukiran Sofa Inn telah menarik beberapa tetamu ternama. DARI jauh, rumah tamu Sofa Inn berwarna coklat gelap yang dilengkapi dengan ukiran kayu di bahagian luarnya itu kelihatan gah dan mendamaikan. Apatah lagi, dikelilingi suasana persekitaran pohon-pohon yang menghijau di ha laman rumah mampu menyuntik ketenangan di hati...




Bagai mempunyai aura yang menggamit kehadiran tetamu, rumah itu jelas mempunyai tarikan tersendiri terutamanya apabila masuk dari pintu utama. Di situ, kaki berpijak di atas lima mata anak tangga yang diperbuat daripada batu marmar berona kelabu keputihan. Pesona yang dilihat dari luar akan terus bersambung sebaik kaki melangkah ke bahagian dalam rumah yang tersusun rapi dengan perabot berasaskan kayu di beberapa sudut termasuk di ruang tamu. Tingkap-tingkap kayu yang terbuka luas dan kekisi kayu yang….Klik di sini
JANGAN ABAI HAK RASULULLAH SAW
Arkib Utusan Malaysia 15 Mac 2010
PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SENARIO begini lumrah kelihatan acap kali tiba hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
SUDAH menjadi agenda terpenting dalam setiap majlis Maulid Nabi SAW, ucapan selawat dan memuji Baginda dialunkan dan dikumandangkan. Selain mendapatkan pahala dan keberkatan, majlis ini juga berperanan mendekatkan umat Islam kepada nabi mereka dalam rangka mengingatkan umat Islam tentang ketinggian dan keluhuran agama Islam yang dibawa Baginda SAW.Namun, dalam kerancakan penganjuran maulid, dalam keindahan suasana keistimewaan dan ketinggian Rasulullah SAW dihayati dan dimartabatkan, ada terdengar suara-suara sumbang yang menempelak majlis seperti ini kerana dikatakan mengandungi unsur ghuluw (pelampauan) dalam memuji Baginda SAW.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431/2010 YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN


Muslimin Muslimat dijemput untuk menghadiri Sambutan Maulidur Rasul S YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN, sepertimana ketetapan berikut :
Majlis : Majlis Sambutan Maulidur Rasul S Perdana 1431H,
Tarikh : 27 hb Februari 2010 M ( Sabtu )
13 Rabiul Awwal 1431 Hijrah
Masa : Bermula 5.30 petang
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota, Rembau Negeri Sembilan.
MENEROKA MAKNA HIJRAH ....
SEMPENA meraikan tibanya tahun baru Hijrah 1431, ruangan ini menangguhkan dahulu siri tulisan mengenai persoalan tauhid tiga serangkai yang sudah memasuki siri keempat sebelum ini.
Alhamdulillah, nampaknya perbincangan tajuk tersebut di ruangan ini mendapat perhatian dan turut dipanjangkan di ruang-ruang lain. Selain ramai yang menghargai kerana jarang-jarang didapati tajuk tersebut dibahaskan secara kritikal begitu, ada juga yang keras menyanggah pandangan dan pendekatan kami.
Kami tidaklah terkejut dengan reaksi sebegini kerana sedia maklum memang ada di kalangan kita, individu dan kelompok yang sudah bertaklid kepada aliran yang penuh komited terhadap pemisahan antara tauhid rububiah dan uluhiah. Mereka mungkin sukar menerima mana-mana pandangan yang tidak selari dengan aliran atau mazhab yang menjadi tumpuan dan dokongan mereka......

PROGRAM PENGAMBILAN ANAK YATIM 2010
HARAPAN DAN IMPIAN
Yayasan Sofa Negeri Sembilan berharap agar program ini dapat berjalan dengan baik dan seterusnya dapat melahirkan pelajar Islam yang berkualiti dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Dengan Pengambilan anak Yatim sesi 2010 ini, pihak YSNS mengalu-alukan sebarang bentuk idea, fikiran, bantuan dan derma bagi menjayakan hasrat murni Yayasan ini.
TAUHID TIGA SERANGKAI DISYARIATKAN DALAM ISLAM ???
MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,
Sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan...
Tauhid Uluhiyyah & Rububiyyah ! ! !
Menyorot ruangan Relung Cahaya minggu lepas, kita telah pun mempersoalkan dan membincangkan secara ringkas tentang sumber tauhid tiga serangkai ini. Setelah kita mengetahui dengan jelas bahawa pembahagian tauhid kepada tiga ini tidak mempunyai sumber yang sahih di sisi syarak, maka pada minggu ini kami ingin mengajak pembaca menghalusi lagi penelitian tentang permasalahan ini agar kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terpadam.
Memandangkan pereka tauhid bidaah ini mengklasifikasikan tauhid kepada tiga, maka kami ingin mengemukakan persoalan, apakah terdapat perbezaan di antara tauhid uluhiah dan rububiah? ......As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah....
BENARKAH MUSYRIKIN BOLEH BERTAUHID RUBUBIYYAH ?
Sujud hamba-hamba-Nya yang soleh semata-mata kerana Allah SWT.
BERTEMU kembali di ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna dan turut melonjakkan kita dalam perjalanan kita menuju kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Kembali kepada tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan. Setelah kita meneliti beberapa dalil dan jawapan yang menunjukkan kepincangan dan kebatilan tauhid tiga serangkai, ada baiknya kita juga memerhatikan sebahagian dalil yang digunapakai oleh pengikut tauhid ini bagi menegakkan pendapat mereka yang kabur.
Kami telah menerima maklum balas daripada mereka yang berpegang dengan tauhid ini dan mereka telah menyatakan dalil-dalil mereka. Namun, di sini kami hanya akan mengutarakan sebahagiannya sahaja dan jawapan bagi hujah mereka tersebut. Manakala sebahagiannya lagi, kami akan susuli pada ruangan dan kesempatan yang lain, insya-Allah.......
BERADAB DALAM BERBEZA PENDAPAT
Kita harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeda-beda. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan para ulama mujtahid. Kerana itulah ianya membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi. Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi.

Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok ‘agamawan reformis' atau digelar juga ‘progresif' yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut ‘pembaikan' (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat. Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform samada ‘minda tajdid', atau mengemudi ‘bahtera itu dan ini' dengan pelbagai slogan pula seperti ‘kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah', atau ‘mengikut amalan generasi Salaf' dan seumpamanya.....
Dalil Sanggah Beza Tauhid Uluhiah dan Rububiah :
Arkib Utusan Malaysia 14/12/2009
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
MENYAMBUNG persoalan minggu lepas tentang tauhid uluhiah dan rububiah yang dibezakan oleh pereka tauhid ini, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-duanya? Maka minggu ini kami memaparkan pula dalil aqal dan naqal yang menafikan sama sekali perbezaan ini.
Kami tegaskan sekali lagi, bahawa dengan membezakan di antara kedua-dua tauhid ini, mereka menganggap orang musyrik sebagai ahli tauhid dengan tauhid rububiah. Dalam erti kata lain, melalui konsep tauhid rekaan Ibnu Taimiyyah ini, orang musyrik atau orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadah dianggap sebagai ahli tauhid atau orang yang mengesakan Allah.
Ini kerana, kononnya mereka percaya dan mengakui bahawa Allah yang mencipta segala sesuatu dan mentadbir segala urusan alam ini, tetapi mereka tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah kerana menyekutukan Allah dalam sembahannya. Maknanya juga, dalam satu masa seseorang itu boleh dikira sebagai ahli tauhid dan musyrik. Inilah salah satu kepincangan tauhid ini yang mendapat sanggahan yang hebat daripada ulama Ahli Sunnah.....

KULIAH MINGGUAN SETIAP ISNIN DI MASJID NEGERI, SEREMBAN....
InsyaAllah, bahawa kuliah mingguan Al Fadhil Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, di Masjid Negeri 70000 Seremban akan bermula sepertimana biasa, pada setiap hari Isnin, selepas solat Maghrib. Pengajian ini akan berpandukan kepada Syarah Kitab Hikam karangan Sheikh Atoillah as Sakandari. Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak urusetia. Tuan Puan adalah dijemput hadir beramai-ramai.

PENGAMBILAN / KEMASUKAN SESI 2010 : AS-SOFA ISLAMIC HIGH SCHOOL - NOW OPEN FOR REGISTRATION !!
Maahad ini, sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar baru, bagi sesi 2010 ini.

